HARI WAKTU
ISNIN HINGGA KHAMIS

8.00AM - 1.00PM

2.00PM - 5.00PM

JUMAAT 

8.00AM - 12.30PM

2.30PM - 5.00PM

SABTU DAN AHAD 

8.00AM - 1.00PM

2.00PM - 5.00PM

CUTI UMUM TUTUP
TAHUN BULAN JUMLAH AHLI
2015 APRIL - DISEMBER  183 ORANG
2016 JANUARI - DISEMBER 45 ORANG

2017

JANUARI - DISEMBER 84 ORANG

2018

JANUARI - DISEMBER 124 ORANG

2019 

JANUARI - DISEMBER 117 ORANG

2020

JANUARI - DISEMBER 34 ORANG

2021

JANUARI - DISEMBER 11 ORANG

2022

JANUARI - DISEMBER

43 ORANG 

2023

JANUARI - DISEMBER

40 ORANG

2024

JANUARI - FEBRUARI

7 ORANG

     
JUMLAH AHLI TERKINI

688 ORANG

 

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

 

Objektif Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

 

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am - 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

 

MAKLUMAT PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG DATO' SRI HAMZAH :-

 

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

 

 

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

 

Kami warga Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

 

========================================================================================